- TAYAR CELUP
- asal tayar celup ialah tayar yang telah haus yang masih boleh digunakan.
- tayar ini akan ditambah kompaun getah dan menjalani proses pencelupan.
- tayar hanya boleh dicelup sebanyak dua kali dalam jangka hayatnya.
- tayar celup di malaysia mestilah mematuhi piaiwaian yang ditetapkan oleh SIRIM (MS224).
- TAYAR TOREH
- asal tayar toreh adalah tayar yang telah haus yang ditoreh.
- ianya dibuat secara haram dan amat tidak selamat menggunakannya.
PIAIWAIAN
- SIRIM simbol MS
- American Department of Transportation simbol DOT
- European Community Standard simbol ECE
KENALI USIA TAYAR
- lihat 4 angka yang ada ditayar. CTH : 2206. dua angka pertama bermaksud tayar itu dihasilkan pada minggu ke22 dan dua nombor terakhir bermaksud tahun dihasilkan 2006. *(JANGKA HAYAT DISYORKAN 5 TAHUN SAHAJA)
KENALI UKURAN TAYAR
- lihat kod pada tayar. CTH : 175/70R 13 82H
- 175 = adalah ukuran lebar tayar dalam MM.
- 70 = adalah nisbah aspek (aspect ratio) atau tinggi berbanding lebar. CTH : ketinggian 70% dari kelebaran tayar. *(NISBAH ASPEK 55 KE BAWAH LEBIH BAGUS TAPI KURANG SELESA)
- R = bermaksud Radial (binaan tayar) tanpa tiub.
- 13 = bermaksud garis pusat rim dalam (diameter)
- 82 = indeks keupayaan tanggung beban tayar maksimum. 82 = 475kg x 4 = 1900kg. (untuk 4 tayar)
- H = had kelajuan maksimum tayar.
KENALI KOD KELAJUAN TAYAR
- S = 180kmj
- T = 190kmj
- U = 200kmj
- H = 210kmj
- V = 240kmj
- Z = lebih 240kmj
- W = 270kmj
- Y = 300kmj
- ZR = 270kmj ke atas
Tiada ulasan:
Catat Ulasan