Ahad, 10 Julai 2011

BEZA MENTEGA DAN MARJERIN

Marjerin pada asalnya bahan yang dihasilkan bagi menggemukkan ayam belanda
(turkey). Apabila ia menyebabkan kematian kepada haiwan terbabit, orang yang
melabur wang mereka dalam kajian itu mahukan wang mereka semula lalu memerah
otak untuk mencari jalan apa yang mahu dibuat dengan barangan tersebut bagi
mendapat semula wang pelaburan mereka.

Ianya adalah sebatian bahan berwarna putih yang tidak menyelerakan lalu
mereka tambah pewarna kuning dan menjual kepada orang ramai sebagai ganti
mentega. Suka tak? Mereka dengan liciknya telah menghasilkan marjerin dengan
pelbagai perasa baru.

TAHUKAH ANDA ....perbezaan antara marjerin dan mentega?
Bacalah sehingga ke akhirnya.anda tentu tertarik! Kedua-duanya mempunyai
jumlah kalori yang sama. Mentega sedikit tinggi kandungan lemak tepunya
sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada marjerin. Dengan memakan marjerin
boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding
memakan jumlah sama mentega, menurut Kajian Perubatan Harvard yang terbaru.
Memakan mentega meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain dalam makanan.
Mentega mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia adalah
makanan tambah nilai!

Mentega lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan
lain. Mentega sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan marjerin
terhasil kurang dari 100 tahun.

Dan sekarang kita bercakap tentang marjerin. Ia sangat tinggi kandungan asid
lemak Trans. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak tiga
kali ganda. Ia meningkatkan kolesterol total serta LDL (kolesterol
berbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol bagus). Marjerin menaikkan risiko
penyakit barah sebanyak lima kali ganda. Ia mengurangkan jumlah susu badan.
Ia juga merendahkan respons perta hana n tubuh serta keberkesanan insulin
semula jadi badan.

Dan ini ialah fakta yang paling membimbangkan . INI IALAH BAHAGIAN YANG
SANGAT MENARIK!
Marjerin hanya kekurangan SATU MOLEKUL untuk menjadi PLASTIK. Fakta ini
sahaja sudah cukup membuatkan saya mengelak dari memakan marjerin seumur
hidup saya dan setiap barangan yang melalui proses hidrogenasi (ia bermakna
hidrogen ditambah, mengubah struktur molekul bahan).

Anda boleh cuba melakukan ujikaji ini:
Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj mahupun tempat
teduh..

Dalam masa dua hari anda akan dapati dua perkara berikut:

1-tiada lalat yang menghurung, tidak juga lalat buah akan menghampirinya (ia
sepatutnya memberitahu sesuatu kepada anda
)

2-ianya tidak akan membusuk atau bertukar baunya kerana ia tiada nilai-nilai
nutrisi, tidak akan ada apa yang tumbuh atasnya. Hatta satu mikroorganisma
juga tidak akan membiak atasnya. Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepada
plastik.

Mahukah anda meleburkan Tupperware dan menyapu ia ke atas roti
anda?

BAGUSLA KALAU DAH TAHU..Sebar2kan supaya jumlah pesakit jantung & barah berkurang. 

Rahsia Nafas Melayu


Pernah kah anda mendengar ilmu nafas ..?Cara mengamalkan ilmu ini dengan cara menfokuskan suhu badan dan pergerakan keluar masuk nafas melalui hidung dan digabungkan dengan sedikit ilmu firasat. Dengan cara ini seseorang itu tahu kekurangan diri seseorang itu samada ada sihat atau tidak.

Banyak seni pertahanan diri seperti silat mempunyai ilmu dan kaedah berkaitan nafas ini .Begitu juga senaman Yoga pun menitik beratkan cara mengolah pernafasan.Ilmu pernafasan ini sebenarnya sudah pun di amalkan oleh orang –orang tua dulu.orang melayu dulu-dulu mempunyai kemahiran menyimpan atau menahan nafas sehingga berjam-jam lamanya di dalam lautan atau sungai jika mahu dan ada juga kebal daripada senjatan tajam seperti parang dengan hanya mengawal pernafasan sahaja..!..Semua ini berkaitan dengan nafas.

Mat Kilau pun menggunakan ilmu nafas untuk pura-pura mati sehingga beberapa hari untuk mengelirukan Inggeris.Seterusnya menyelamatkan dirinya daripada dibunuh oleh pihak Inggeris.

Paling menarik sekali, ada juga orang-orang tua kita yang membunyikan zikir-zikir tertentu ketika masuk atau keluarnya nafas mereka.Ilmu ini tersangat rahsia dan jika kita hendak mempelajarinya, carilah guru yang benar-benar tahu tentang ilmu ini.

Ada juga mengawal nafas dengan hanya membaca surah al-fatihah secara 1 nafas,3 nafas dan 7 nafas bagi melancaran pergerakan nafas dengan betul.Faedahnya tubuh badan kita akan menjadi lebih sihat dan terhindar daripada sakit dengan izin Allah..

Cara lain pulak ,anda perlu anda tarik nafas melalui hidung secara perlahan-lahan dan mendalam selama 5 saat, maka tahan nafas anda selama 20 saat dan hembus nafas perlahan-lahan selama 10 saat, ia terpulang kepada anda, tetapi jangan lupa membuat secara berulang-ulang mengikut kemampuan anda.

Jika perlu,anda juga boleh menahan nafas dalam masa 4 kali ganda lebih lama berbanding masa sedutan nafas supaya semua gas oksigen yang disedut itu akan digunakan secaraoptima oleh setiap sel badan kita.

Cubalah anda bernafas dengan cara ini bermula dari 10 kali sedutan 3 kali sehari daninsyaAllah anda akan merasakan kelainannya seperti lebih tenang, lebih bertenaga dan lebih sihat, cubalah . Lebih elok lagi jika latihan nafas ini anda lakukan selepas solat, dikala hati dan jiwa kita tenang.

Mungkinkah nenek moyang kita dahulukala selalu mempraktikkan ilmu nafas mereka setiap hari atau lebih hebat lagi mereka selalu melakukan riadah riadah jiwa seperti ini yang membuatkan orang-orang melayu dulu mempunyai ilmu persilatan yang tinggi serta tubuh badan sihat tidak seperti orang zaman sekarang..

10 kelebihan ilmu berbanding harta

1. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu adalah pusaka nabi-nabi, manakala harta adalah pusaka Qarun dan Firaun.

2.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu memelihara kamu, tetapi kamu pula yang memelihara harta.

3.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu ramai taulannya dan sebaliknya orang yang berharta ramai seterunya.

4.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu apabila dinafkahkan akan bertambah, tetapi harta pula apabila dinafkahkan akan berkurangan.

5.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu diseru dengan nama yang mulia, manakala orang yang berharta diseru dengan nama bakhil.

6.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak perlu dipelihara daripada pencuri, tetapi harta perlu dipelihara daripada pencuri.

7.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu akan diberi syafaat diakhirat nanti, manakala orang yang berharta akan dihisab hartanya.

8.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak akan binasa, manakala harta pula akan binasa.

9.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu itu melembutkan hati dan harta pula mengeraskan hati.

10.Ilmu lebih baik daripada harta kerana yang berilmu mendakwa kehambaan dan yang berharta mendakwa ketuhanan.

Jaga aurat anda ketika solat


Rahsia Sujud Di Dalam Solat Untuk Kesihatan

Sujud bukan sahaja mendekatkan kita dengan Allah SWT tetapi dari sudut perubatan pun ada hikmahnya. Antara hikmah sujud menurut keterangan perubatan ialah:-

1. Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
3. Melegakan sakit hernia.
4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
5. Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan.
6. Mengurangkan kesakitan pada apendiks atau limpa.
7. Meringankan bahagian pelvis.
8. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud.
9. Gerakan otot-otot ini menjadikannya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelancaran darah.
10. Bagi wanita gerakan otot ini menjadikan buah dadanya lebih baik dan mudah berfungsi untuk menyusukan bayi.
11. Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal .
12. Mengurangkan kegemukan.
13. Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
14. Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.
15. Memberi dorongan untuk mudah tidur.

Selain itu kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti kita (terutama ketika sujud waktu solat Subuh).

Doa ketika berada di dalam kesusahan


19 Hadith Rasullullah S.A.W Mengenai Wanita

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah,akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

kitab 'Bible' di dalam versi Arab



DI HANTAR OLEH SEORANG TEMAN YG BEKERJA DI KUALA LUMPUR ... Semalam semasa melalui sebuah lorong di Jalan Tun Abd.Rahman. saya didatangi seoarang melayu yg memakai pakaian yg sungguh bersih... rambut yang tersisir rapi... membela sedikit janggut dan bertali leher. Dia memberi salam dan bertanya adakah saya sibuk ketika itu.. tetapi saya amat sibuk,jadi meminta izin utk berlalu dgn segera tetapi sebelum saya pergi dia memberi saya satu bungkusan yg dibalut envelop bersaiz A4.. sebelum itu dia berkata.. "teruskan jihad". saya tersenyum sambil berkata perlahan.. Allahuakbar. apabila saya sampai di pejabat, saya membuka bungkusan itu dgn perasaan seronok mungkin didalam itu ada buku yg menyeru umat manusia untuk berjihad.. tetapi alangkah terkejutnya saya ia adalah sebuah kitab 'Bible' di dalam versi Arab dan CD DVD yg berkisar tentang kehidupan Nabi Isa.. Jadi saya menyeru kepada pihak orang ramai supaya berhati-hati apabila bertemu dengan mereka ini..lebih menyedihkan lagi mereka ini adalah orang melayu yang bertopengkan syaitan untuk terus menyesatkan umat Islam dinegara kita... bangkitlah saudara-saudaraku sayangilah masyarakat kita dan anak cucu kita nanti, takkan kita hendak menunggu pihak kerajaan mengambil tindakan sedangkan sementara itu berapa ramai anak muda dan gadis-gadis melayu kita yg berjaya dimurtadkan.. teruskan usha dakwah kita untuk menyampaikan Islam.. kerana pihak Kristian ni tidak akan putus-putus..untuk memurtadkan umat Islam. Sekian.. SILA SEBARKAN RISALAH INI

SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua' lam.


Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Dari Abdullah bin 'Amr R.A,

Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.

Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka
itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. '

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' Surah Al-Baqarah : 237

Untuk renungan dan amalan bersama ..

Akibat Tidak Memakai Selipar Didalam Toilet..